Kepada pengundi-pengundi negeri Sarawak, saya ucapkan 'Selamat Menghadapi Pilihanraya pada hari Sabtu.

Mudah-mudahan saudara saudari dapst menggunakan peluang demokrasi dan memilih pemimpin-pemimpin di kawasan masing-masing  ke Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Parti Islam SeMalaysia(PAS) meletakkan 11 calon daripada 82 kerusi, bermakna 71 lagi kerusi lagi terpulang kepada pihak lain memilih siapa calon yang mereka mahu.

Harapan kami daripada PAS, supaya pengundi negeri Sarawak memberi kepercayaan kepada 11 kerusi, calon-calon daripada PAS untuk menghantar wakil bagi pihak mereka untuk membawa suara dan mesej Islam yang adil kepada masyarat majmuk .

Kepada kita Islam adalah penyelesaian terhadap masalah politik, ekonomi, sosial yang mungkin tidak diketahui oleh banyak pihak kerana sudah lama ditinggalkan.

Bertapa dalam sejarah, Islam telah berjaya memerintah masyarakat majmuk, pelbagai agama dan kaum di seluruh dunia, dengan mencapai satu tamadun yang hebat. 

Kejatuhan Islam bila orang Islam meninggalkan ajaran Islam.

Tanggungjawab kami untuk mengemukakan Islam sebagai satu agenda politik supaya rakyat negeri Sarawak memberi kepercayaan kepada PAS untuk menyampaikan suara di dalam Dewan Undangan negeri Sarawak.  

Dalam masa yang sama PAS ingin memberi mesej supya rakyat Sarawak memilih bumiputera dan Islam yang menguasai Negeri Sarawak. 

Bukan bermakna kita fanatik kaum dan agama kerana dalam sejarah politik dunia, yang boleh mengendalikan masyrakat majmuk ialah Islam. 

Dengan sebab itu  kita mengharapkan supaya memilih calon Islam dalam Pilihanraya Negeri Sarawak supaya  menguasai Sarawak. 

PAS  mempunyai suara dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, ini agenda yang  kita ingin kemukakan kepada Sarawak untuk menyelamatkan Negeri Sarawak  dengan cara yang baik dan adil.

Kalau kita memilih peminpin yang berlatarbelakangkan Islam di Sarawak untuk memimpin dengan kita mendokong menjadi penasihat kepada kerajaan. 

PAS tidak menyertai kerajaan dan menjadi penasihat kepada kerajaan,itu konsep kita bawa. 

Adalah lebih mudah kepada kita supaya pemimpin Sarawak  itu adalah Islam. Inilah pendekatan kita bawa dan kita tidak bersetuju dengan pendekatan DAP dan PKR yang hendak menawan negeri Sarawak dengan tidak mengira siapa, Islam ke tak Islam ke menguasai Sarawak.

Kita bercanggah dengan mereka dari segi konsep politik, inikita mahu pendekatan yang saya tegaskan Sarawak adalah bumiputera Islam dan PAS ingin diberi tempat untuk menyampaikan suara di Sarawak.

 

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Presiden Parti Islam SeMalaysia(PAS)