1. Sebuah kerajaan yang baik dalam melaksanakan tugasnya perlu melaksanakan tiga perkara demi kepentingan rakyat dan bukan untuk kroni.

2. Pertama, dengar suara rakyat. Kedua, buat kerja rakyat. Ketiga, beri harapan kepada rakyat.

3. Suara rakyat merupakan "suara keramat" yang tidak boleh diketepikan oleh mana-mana kerajaan yang baik dalam pemerintahannya.

4. Adakah kerajaan Barisan Nasional Sarawak yang di terajui PBB mendengar suara rakyat dalam pemerintahannya?

5. Sarawak sebenarnya sebuah negeri yang kaya-raya hasil daripada minyak sejak puluhan tahun lama, hutan-hutan yang seluas hampir separuh keluasannya dan banyak lagi hasil-hasil mahsul lain kurniaan Tuhan tetapi gagal membasmi kemiskinan rakyatnya.

6. Sepatutnya, masalah kemiskinan rakyat sudah boleh diatasi dan paling kurang menghapuskan kemiskinan tegar.

7. Adakah kerajaan BN Sarawak dengar suara rakyat dan menggunakan duit hasil perolehan itu untuk rakyat Sarawak? Sejak dahulu rakyat hidup dalam kemiskinan dan sekarang pun ramai rakyat masih sedemikian. Yang hidup dalam kemewahan ialah bekas-bekas pemimpin BN dan kroni.

8. Sempena pilihan raya negeri Sarawak ke 11 ini, pengundi-pengundi di 11 DUN yang PAS bertanding diseru memberi undi serta memangkah calon PAS pada 7hb Mei 2016 ini.

9. Marilah sama-sama kita (rakyat) memberi peluang kepada PAS untuk membawa suara rakyat ke persidangan DUN kali ini untuk membuktikan bahawa hati rakyat sentiasa bersama PAS.

10. PAS yang dengar suara rakyat, PAS yang buat kerja untuk rakyat dan PAS yang boleh beri harapan baru kepada rakyat.

Cikgu Shokri Hj Ahmad Fauzi.
*Pesuruhjaya PAS SARAWAK yang pertama