Budaya dan suasana masyarakat Sarawak mempunyai keistimewaan sendiri. Sifat ramah dan mudah mesra menjadi satu tarikan kepada sesiapa sahaja yang bertamu di bumi kenyalang.

Ucapan yang sentiasa meniti di bibir anak watan Sarawak sambil mengukir senyuman (Kamek Sayang Saghawak). Biarpun ungkapan dari tiga perkataan namun ianya benar-benar membawa seribu satu makna bagi mereka.

Pernah satu ketika berpeluang melewati sebuah perkampungan yang jauh dari kesibukan kota, berada di ceruk desa, namun anak-anak kecil keriangan bermain layang-layang ketika menanti senja melabuhkan tirainya.

Kagum melihat suasana keriangan pada riak wajah mereka, lalu kamera di tangan terus digenggam erat untuk dijadikan satu detik indah dirakamkan. Lantas anak-anak kecil berlari-lari menghampiri dan bertanya, gambar kamek boleh masuk televisyen?

Soalan begitu ringkas tetapi apakah jawapannya bakal merungkaikan betapa sistem pengamalan media masih lagi terpenjara dengan kekangan antara sebuah kepentingan dan keperluan bahkan sekadar wayang dongeng menjadi hiburan di kala bosan.

Seorang anak kecil datang membisikkan (Kamek Sayang Saghawak) , tidak terjangkau pada paradigma ungkapan yang lahir dari anak kecil yang masih tidak memahami nilai kasih dan sayang kepada tanahair.

Jika benar ungkapan itu lahir dari keikhlasan mereka, satu perubahan perlu dilakukan untuk menikmati perubahan yang melengkapi ketempangan dan kelompongan bagi dibaik pulih demi kepentingan anak tempatan.

Kamek Sayang Saghawak...