1. PAS tidak pernah menganjurkan budaya ekstrem seperti mengapi-apikan isu perkauman atau isu yang menyebabkan perbalahan berlaku di mana-manapun di negara ini.

2. Budaya ekstrem sedemikian hanyalah dilakukan oleh mereka yang tertekan dengan menimbulkan pelbagai isu untuk menarik perhatian rakyat untuk menyokong atau mengekalkan pemerintahan mereka sedangkan dalam masa yang sama pelbagai isu besar yang timbul dalam negeri ini cuba diselindungkan.

3. PAS tidak pernah memandang warna kulit apabila berhadapan dengan masyarakat khususnya yang berbilang kaum di Sarawak.

4. Masa sudah berlalu di mana masyarakat di negara ini pernah dipecah-pecahkan mengikut kaum.

PAS menjadi 'buat warna' apabila berhadapan dengan masyarakat. Kita melayan semua kaum dengan saksama.

5. Yang cuba mainkan isu perkauman ialah mereka yang apabila berada dalam tersepit. Budaya ekstrem yang mereka bawa bukanlah budaya untuk Sarawak dan Malaysia pada masa hadapan.

6. Yakinlah masa hadapan Sarawak dan Malaysia adalah lebih cerah bersama-sama dengan PAS. Marilah bersama-sama layari bahtera PAS dengan mengundi calon-calon PAS untuk masa depan Sarawak yang lebih terjamin.

7. Tinggalkanlah kapal-kapal yang disokong selama ini. Perlabuhan-perlabuhan mereka tersergam indah dengan berpagar seperti emas manakala ramai lagi rakyat yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

8. Siapa mahu tenggelam, silalah bersama-sama dengan kapal-kapal mereka. Slogan "Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan" selama ini langsung tidak mencerminkan suasana dan keadaan sebenar.

9. PAS akan bekerja untuk menumbangkan mereka supaya dapat kita memberikan keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat di negeri ini.


Cikgu Shukri Hj.Fauzi
1 Mei 2016.
Taman Serira,
Petra Jaya, Kuching.