SARAWAK, 2 Mei : Kemaraan PAS kali ini dalam keadaan agak bersedia dari semua sudut.

Gandingan calon yang hebat dan petugas yang tersusun dilihat mampu memberi sedikit impak kepada keputusan pilihanraya nanti

Bermula dari pembubaran dun Sarawak sehingga hari ini, petugas PAS silih berganti terus bertungkus lumus menyampaikan maklumat disamping memberi bantuan kebajikan kepada penduduk-penduduk yang didekati, khususnya di 11 dun yang PAS bertanding

Memetik Intipati ucapan daripada Tuan Guru Presiden dan Timbalan Mursyidul Am PAS jelas menunjukkan bahawa kemaraan PAS di Sarawak adalah untuk mengembangkan syiar Islam.

Oleh itu sebarang bentuk provokasi mahupun sabotaj amat ditentang oleh PAS. kejadian sabotaj billboard di dun kakus Dan Lambir merupakan salah satu bentuk politik murahan yang sudah ketinggalan

Dengan imej berkonsepkan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS). PAS terus mengambil peluang memberi penjelasan seluas mungkin kepada semua penduduk berkenaan dengan 5 tawaran PAS disamping memastikan calon PAS dikenali oleh penduduk.

Dengan paduan antara calon dan petugas yang ikhlas ini diharap dapat membuahkan hasil pertama untuk negeri sarawak

Menarik pada PRN kali ini ialah hampir kesemua kerusi yang ditandingi PAS bertembung secara 3 penjuru.

Oleh itu, sebarang keputusan yang bakal terpapar akan membentuk satu langkap politik analisis baru.

Apa pun, pertembungan ini dilihat tidak melumpuhkan harapan petugas untuk terus bergerak mendekati rakyat sarawak Dan bertindak sebaik mungkin

Tugas kita hanya berusaha keputusan serah kepada Allah SWT.