SAMALAJU: Kehangatan kempen di Dun Samalaju dihangatkan lagi dengan program ceramah bergerak anjuran PAS Samalaju.

Ceramah bergerak itu diadakan di Medan Comercial Center, berdekatan Pejabat PAS b
Bintulu.

Antara penceramah yang turut serta bersama program tersebut, Dato Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Tuai Rumah Andrew dan calon PAS Samalaju, Zharudin Narudin.

 

Dato Mustafa Ali dalam ceramahnya menyeru agar warga samalaju memberi peluang kepada calon PAS yang sudah terbukti mampu bekerja.

Zharudin mengambil peluang membentangkan tawaran dan gerak kerja melalui slogan saya pekerja anda.

"Gerak kerja akan diperhebatkan lagi andai terpilih sebagai wakil rakyat,"ujar Zharudin.

Program ceramah itu mendapat tumpuan daripada penduduk Bintulu kerana lokasinya berdekatan dengan dua buah pasar raya utama iaitu Farley dan Sing Kwong Supermarket.

Edaran risalah tawaran turut diedarkan kepada org ramai.

#Samalajusejahtera
#Sarawaksejahtera
#UndimehPAS