SAMALAJU, 5 Mei: Kebajikan rakyat adalah antara yang terpenting dalam pembinaan sesebuah bangsa.

Hari ini, PAS dengan calonnya Zharudin Narudin telah membawa sinar harapan kepada warga Oku di Samalaju.

Keceriaan terpancar dari wajah-wajah mereka apabila para petugas PAS Samalaju menyampaikan sumbangan yang berupa kerusi roda.

Kemudahan kerusi roda yang disumbangkan akan dapat memudahkan penerima sumbangan di dalam menjalani kehidupan seharian kelak.

Projek ini juga adalah sebahagian daripada projek kebajikan Untukmu Sarawak.

#Sayapekerjaanda
#Samalajusejahtera
#Sarawaksejahtera
#VoteforZharudin