Samalaju, 5 Mei: Dalam memenuhi ruang-ruang masa untuk berkempen, Calon PAS Samalaju, Zharudin Narudin masih meluangkan masa untuk membantu penduduk di sini.

Terkini, beliau dan para petugas PAS Samalaju telah menghulurkan bantuan berbentuk bahan binaan iaitu simen kepada penduduk rumah panjang tersebut.

Ianya diharapkan serba sedikit dapat mengurangkan kos pembinaan rumah yang ditanggung penduduk.

Penduduk mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang diberikan serta bersedia untuk memberi sokongan kepada calon PAS DUN Samalaju, Zharudin.

#sayapekerjaanda
#Samalajusejahtera
#Sarawaksejahtera