SAMALAJU, 5 Mei : Mengapa masih ada rakyat yang tidak dibela nasib mereka? Bagaimana pula kemudahan infrastruktur yang paling asas masih tidak dilunaskan janjinya?

Calon PAS Samalaju , Zharudin Narudin berasa amat terkilan kerana selama ini, masih ada nasib dan hak-hak penduduk Samalaju yang tidak diendahkan. Terutama di kawasan-kawasan hujung kampung sekitar Samalaju.

 

Dengan semangat juang yang tinggi serta demi kepentingan rakyat, Zharudin merasakan ini adalah salah satu dari amanah untuk membantu mereka.

"Mereka sanggup datang bertemu saya di Bintulu jika hendak berjumpa lagi, tetapi saya katakan tidak perlu ke Bintulu, saya yang akan datang kepada mereka", katanya baru - baru ini.

Di samping itu, katanya lagi bahawa satu perkara yang menarik perhatian para pengundi untuk menerima PAS adalah kerana kempen yang dijalankan oleh PAS adalah berbentuk penerangan tentang misi PAS.

Selain itu, bukti-bukti kejayaan PAS di dalam menyelesaikan masalah utama rakyat turut memantapkan lagi kempen PAS dan membuatkan PAS mudah diterima oleh mereka.

#Sayapekerjaanda
#Samalajusejahtera
#undiPAS