SAMALAJU, 4 Mei: PAS mencadangkan agar penyambungan paip air diberikan secara percuma kepada penduduk luar bandar iaitu dari Batu 18 sehingga Batu 42 dan juga Suai.

Pada hujung bulan lepas, Team Projek Tubewell telah berjaya membekalkan air yang bersih kepada rumah panjang yang tidak mendapat bekalan air bersih.

Usaha itu tidak hanya terhenti disitu sahaja. Projek Tubewell masih diteruskan dengan membekalkan air bersih kepada rumah panjang di Samalaju.

 

"Masalah paling besar yang dihadapi oleh rakyat di Samalaju adalah mereka tidak mampu untuk membayar kos penyambungan paip ke rumah-rumah mereka walaupun didapati saluran air utama di tepi jalan Lebuhraya PAN Borneo yang sedang dibina" kata calon PAS Samalaju, Zharudin.

Dengan itu, PAS telah membuat suatu initiatif projek perintis lebih awal agar kerajaan negeri Sarawak yang baru nanti dapat melihat dan menyelesaikan masalah penyaluran air ini.

PAS mempersoalkan mengapa pemasangan paip air ke rumah-rumah panjang tidak dapat dibuat sedangkan pipeline gas, plant dan ke kilang-kilang besar boleh dibina? Kerajaan Sarawak sepatutnya mampu menilai dan mempertimbangkan untuk pemasangan paip air ini.

Disebabkan Kerajan Sarawak tidak mengambil tindakan terhadap masalah air ini, rakyat Samalaju memerlukan seorang wakil rakyat yang berani bercakap dan berusaha untuk melaksanakan cadangan ini dan hanya Zharudin , calon PAS Samalaju sahaja yang mampu untuk memperkotakan janji, In sha Allah.

#SayaPekerjaAnda
#‎SamalajuSejahtera
#‎SarawakSejahtera
#‎UntukmuSarawak
#‎PASforAll
#PRNSarawak