JEPAK, 7 Mei 2016: Suasana hari pengundian di Dun Jepak kelihatan tenang dan proses pengundian berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Setelah sejam proses pengundian bermula, kehadiran pengundi yang datang mengundi masih ditahap yang kurang memuaskan dan dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa.

Menurut semakan senarai Daftar Pemilih yang telah dibuat, seramai 13, 789 pengundi dijangka keluar membuang undi pada hari ini.