JEPAK, 6 Mei : Hari pengundian bakal menjelang tiba dan setiap parti yang bertanding masing-masing menggandakan kempen kepada masyarakat dikawasan yang bakal mereka bertanding.

PAS tidak ketinggalan turut mengambil bahagian merancakkan proses kempen dengan mengadakan ceramah umum semalam di Kampung Hulu Jepak.

Barisan penceramah yang hadir dalam sesi ceramah umum semalam antaranya Calo PAS N67 Jepak, Haji Kiprawi Aman dan Ustaz Fadhil Noor yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ceramah umum yang semalam adalah yang pertama kali diadakan sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Program semalam telah mendapay sambutan yang hangat, kerana sebelum ini gerak kerja PAS bertemu mata dengan pengundi telah lama berjalan disamping itu diselitkan juga program khidmat masyarakat serta kebajikan.

Sungguh mengejutkan ada yang sanggup datang dari Bintulu semata-mata untuk mendengar mesej dan tawaran daripada PAS.

Dalam sesi ceramah tersebut, calon PAS N67 Jepak, Hj Kiprawi Aman menyeru kepada semua warga Jepak yang hadir untuk memberi peluang kepada PAS untuk menjadi wakil rakyat dan mengemudi bahtera Jepak serta membuktikan bahawa PAS juga boleh melakukan apa yang telah dilakukan sebelum ini bahkan mungkin lagi baik.

Hasil daripada maklumat yang diperolehi, ramai yang sebelum ini masih ragu-ragu telah mula menyatakan sokongan mereka kepada PAS, malahan para petugas jugak turut menerima mesej peribadi daripada penduduk yang ingin mengisi borang keahlian PAS.

Like dan Share FB PAS Jepak

www.facebook.com/PASJepak

#PRNSarawak
#JepakSejahtera
#UntukMuSarawak
#BerkhidmatUntukSarawak