JEPAK, 6 Mei : Mencuba sesuatu yang baru tetapi dengan perancangan yang rapi dan tersusun tidak mustahil diakhiri dengan kejayaan yang tidak disangka-sangka.

Satu kelaianan telah dibuat oleh para petugas PAS Jepak dengan melancarkan flashmob sebagai kempen terbaru pada pukul 4.30-5.00 petang tadi.

Falshmob tersebut telah diadakan di Pasar Ikan Kampung Baru.

Pemilihan tempat adalah strategik kerana ia menjadi laluan utama penduduk yang pulang dari kerja dan membeli belah di pasar.

Program flashmob itu mendapat sambutan yang hangat kerana ini adalah pertama kali penduduk dikawasan Jepak diperkenalkan dengan teknik kempen flashmob.

Kebanyakan masyarakat yang lalu menunjukkan hasil yang positif dengan ada yang mengangkat tangan tanda bagus dan melaungkan slogan Hidup PAS!!.

Selai daripada itu turut diserikan pada kempen flashmob itu adalah agihan cenderahati kepada beberapa pemilik kenderaan dan pejalan kaki yang melalui kawasan itu.

Like dan Share FB PAS Jepak

www.facebook.com/PASJepak

#PRNSarawak
#JepakSejahtera
#UntukMuSarawak
#BerkhidmatUntukSarawak