JEPAK, 5 Mei- Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, seorang mangsa kebakaran pada tahun lepas masih belum menerima sebarang bantuan untuk membaikpulih rumahnya yang hangus.

Beliau sehingga kini terpaksa menumpang di rumah anaknya.

PAS Jepak mengambil inisiatif mengumpul dana daripada orang awam dan beberapa institusi tempatan. Hasil sumbangan yang terkumpul digunakan untuk membeli atap serta kayu bagi membantu mengurangkan kos baikpulih rumah tersebut.

Calon PAS Jepak, Hj. Kiprawi menyeru semua pihak agar terus menghulurkan bantuan kepada mangsa agar dapat membina kembali rumahnya.

Setiap sumbangan yang diberi akan dibalas dengan ganjaran yang besar di sisi Allah.

Barangsiapa yang meringankan bebanan saudaranya di dunia, Allah akan meringankan bebanannya di akhirat kelak.

Like dan Share FB PAS Jepak:
www.facebook.com/PASJepak

#PRNSarawak
#UntukMuSarawak
#JepakSejahtera
#BerkhidmatUntukRakyat