JEPAK, 5 Mei : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Rasa hiba dan sedih melihat akan keadaan rumah penduduk di sesetengah kawasan N67 Jepak membuatkan para petugas PAS dan juga calon N67 Jepak, Hj Kiprawi menghulurkan bantuan kepada para penduduk.

Bantuan yang telah diberikan adalah dari sudut bahan iaitu atap dan perkhidmatan menukar atap yang buruk kepada yang baru secara percuma.

Beberapa buah rumah yang telah ditinjau oleh calon N67 Jepak, Hj Kiprawi Aman dan hasil tinjauan tersebut beberapa rumah yang agak dhaif perlu dibaiki dan dibaik pulih terutamanya atap rumah yang agak menyedihkan.

Sumbangan kayu dan atap tersebut diberikan sendiri oleh calon N67 Jepak, Hj Kiprawi Aman kepada penduduk yang telah terpilih untuk dibaik pulih kediaman mereka supaya lebih baik dan selesa.

Like dan Share FB PAS Jepak

www.facebook.com/PASJepak

#PRNSarawak
#JepakSejahtera
#UntukMuSarawak
#BerkhidmatUntukSarawak