JEPAK, 5 Mei: Anak-anak adalah generasi pewaris kepimpinan pada masa hadapan. Permata ini perlu dibentuk dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.

Nabi Saw bersabda : " Barangsiapa yang tidak menyayangi maka dia tidak akan disayangi."

Sehubungan dengan itu PAS Jepak telah menganjurkan pertandingan mewarna bagi anak-anak tempatan di sini.

Turut bersama dalam program ini, Calon PAS Jepak, Haji Kiprawi yang sanggup meluangkan masa bersama mereka.

Suaranya yang lembut dan ceria mengundang ketawa dan teruja anak-anak peserta pertandingan.

Belon-belon PAS yang disediakan turut mendapat permintaan dan rebutan anak-anak.

Jelas terpampang kegembiraan di wajah-wajah mereka sepanjang program diadakan.

Like dan Share FB PAS Jepak:
www.facebook.com/PASJepak

#PRNSarawak
#UntukMuSarawak
#JepakSejahtera
#BerkhidmatUntukRakyat
[17:14, 5/5/2016] Ustaz Kamal Nazmi Nik Din: 47