Warning: file_put_contents(/home/prnsarawak/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/prnsarawak/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 431
Terima kasih semua - Cikgu Asan

Calon PAS N24 Sadong Jaya, Cikgu Asan Bin Singkro mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada semua petugas bagi DUN Sadong Jaya.

Memetik kenyataanya di laman Facebook, Cikgu Asan mendoakan agar semua bantuan yang dihulurkan sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT. 

"Pertamanya saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas semua bantuan dalam apa jua bentuk yg diberikan sejak oktober 2014. Begitu jugalah kepada semua individu yang menghulurkan bantuan peribadi kepada saya sama ada secara langsung atau tak langsung. 

"Hanya Allah yang akan memberikan ganjarannya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pimpinan PAS Sarawak dan PAS Pusat kerana memberi peluang kepada saya mewakili PAS dalam PRN Ke 11 ini,"katanya.

Beliau juga memohon maaf kerana pencapaian PAS di N24 merosot.

"Maafkan saya kerana pencapaian PAS di N24 merosot dan hilang deposit. Saya juga mohon maaf kepada semua petugas dari Terengganu dan Sadong jaya atas apa saja kesilapan saya dlm mengurus PAS di Sadong. Insha Allah saya akan teruskan perjuangan ini hingga ke akhir hayat. Allahuakbar!,"tambah beliau.

Sementara itu, memetik kata-kata semangat Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri, tahniah kepada semua calon dan para petugas PRN. Anda telah membawa syiar Islam menerusi medium politik dan pilihanraya. Perjuangan dakwah dan politik Islam terus berjalan untuk episod seterusnya. 


Like and Share Page FB Sadong Jaya 
https://www.facebook.com/N24SADONGJAYA


#CalonKamekCikguKitak
#SadongJayaSejahtera
#UntukMuSarawak